Surau Al-Anbiyaa Kampung Wawasan Lusut Jaya

SURAU AL ANBIYAA merupakan salah satu Surau / Musollah untuk yang terletak di Kampung Wawasan Lusut Jaya bersebelahan dengan kawasan perumahan Taman Tunku, Miri. Jarak dari Bandaraya Miri ke Surau Al Anbiyaa ialah 11km.

Sejarah pembinaan surau ini adalah di bina pada tahun 2016 yang di terajui oleh pengasasnya iaitu Tuan Haji Matair Suhaili. Surau ini mula beroperasi pada 7 Jun 2016 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1437H. Tempoh pembinaan surau ini mengambil masa 40 hari untuk di siapkan dan kos struktur pembinaan adalah atas sumbangan infaq daripada sebuah keluarga dermawan iaitu Tn Hj Ali dari Terengganu dan gabungan infaq daripada jemaah & kariah setempat.

Surau Al Anbiyaa telah di daftarkan di Majlis Agama Islam Sarawak pada 31 Disember 2017 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1439H dan bermulalah proses menaiktaraf surau semenjak 2017 sehinggalah ke hari ini. Ruangan solat yang boleh memuatkan seramai 80 orang jemaah.

Pengimarah seperti Majlis Ilmu, program pembelajaran Iqra atau celik Al Quran dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Surau ini juga mempunyai ruangan atau bilik untuk Jawatan Pengurusan Surau bermuzakarah dan ianya boleh di gunakan sebagai bilik kuliah atau kursus. Masih banyak lagi fasiliti sertar kemudahan yang perlu di tambah bagi penambahbaikan untuk keselesaan para jemaah / kariah.

Uniknya Surau Al Anbiyaa mempunyai jemaah / kariahnya dari kalangan pelbagai bangsa yang juga merupakan saudara baru, ibu tunggal dan golongan Asnaf. Tambahan pula setiap aktiviti program pengimarahan akan disertai oleh kanak-kanak, remaja serta golongan belia.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman facebook kami di Surau Al Anbiyaa LusutJaya. .

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by